Friday, 6 January 2012

Review Ebook Panduan Kerjaya Jururawat

Ebook Panduan Kerjaya Jururawat dihasilkan oleh Sdr Ikhwan Muslimin, iaitu seorang staff sektor kesihatan. Ianya mengandungi tips dan panduan untuk calon lepasan SPM dan Diploma memohon menjadi jururawat. Ebook ini juga merupakan satu-satunya ebook yang menfokuskan panduan menjadi jururawat dalam bahasa Melayu di pasaran online.

EbookPanduan Kerjaya Jururawat mempunyai 6 modul, iaitu :

Modul 1 : Panduan Asas Kerjaya Jururawat
Modul 2 : Permohonan Bagi Lepasan SPM
Modul 3 : Permohonan Bagi Lepasan Diploma
Modul 4 : Panduan Lengkap Temuduga
Modul 5 : Panduan Penulisan Resume
Modul 6 : Soalan Lazim Temuduga Jururawat

Beserta BONUS Cara Memohon Jawatan Jururawat Di Hospital Swasta


 
Modul 1 menerangkan tentang profesion jururawat secara umum. Ianya meliputi sejarah kerjaya jururawat, tugas & tanggungjawab seorang jururawat, keistimewaan jururawat kerajaan dan mentaliti seorang jururawat.

Dalam modul ini juga turut diterangkan cara memohon jawatan jururawat.

Tahukah anda terdapat 2 kategori jawatan jururawat?

1-Latihan Jururawat
2-Jururawat Gred U29

Dalam modul 1 ada menyentuh tentang perkara ini. 2 pilihan kategori jika anda berminat menjadi jururawat.


Modul 2 pula menerangkan panduan memohon jawatan jururawat bagi lepasan SPM. Langkah-langkah permohonan dinyatakan dengan mudah, ringkas dan bergambar. Turut diterangkan cara menyelesaikan masalah kesilapan emel semasa pendaftaran permohonan kerjaya sebagai jururawat.
Modul ini meliputi langkah demi langkah permohonan jawatan jururawat bagi lepasan SPM.


Modul 3 adalah panduan khas untuk lepasan Diploma yang ingin memohon jawatan jururawat. Langkah demi langkah memohon jawatan jururawat.


Modul 4 menyediakan panduan kepada calon jururawat bagi menghadapi seisi temuduga jururawat. Pelbagai tips bagi persediaan menghadiri seisi temuduga. Persediaan sebelum, semasa dan selepas temuduga dinyatakan di dalam modul ini.
Banyak panduan dan tips yang dinyatakan bagi persediaan temuduga jururawat.

Modul 5 menyediakan panduan penulisan resume. Contoh resume juga disediakan.

Modul 6 mengandungi koleksi soalan-soalan lazim yang ditanya semasa seisi temuduga jururawat. Ianya boleh membantu calon jururawat membuat latihan temuduga sebelum menjalani seisi temuduga.


Penulis e-book, Ikhwan Muslimin turut mendedahkan rahsia & teknik untuk berjaya bagi memohon jawatan jururawat di hospital swasta dalam modul BONUS untuk pakej Ebook Panduan Kerjaya Jururawat dengan harga RM 40.00!



Bagi yang berminat dan bercita-cita menjadi jururawat, ebook ini boleh dijadikan panduan untuk mencapai cita-cita tersebut. Lengkapkan diri anda dengan kelayakan yang ditetapkan bagi pengambilan jururawat kerajaan.

No comments:

Post a Comment