Tuesday, 10 January 2012

E-book Kerjaya Jururawat

E-book Kerjaya Jururawat : Review Modul 1

Modul 1 : Panduan Kerjaya Jururawat

Modul 1 menerangkan tentang sejarah kerjaya jururawat. Bagi yang ingin bergelar jururawat, anda seharusnya 'menjiwai' elemen-elemen asas berkaitan kerjaya jururawat.

Ketahui apa itu :

Moto Jururawat
Visi Jururawat
Misi Jururawat
Tugas & Tanggung Jawab Jururawat

Aspek-aspek ini diterangkan dengan lengkap dalam modul 1.

Selain itu modul 1 turut menerangkan keistimewaan jururawat kerajaan. Pelbagai keistimewaan tersedia apabila anda berjaya menjadi jururawat kerajaan.

Penulis turut menyenaraikan mentaliti yang perlu ada untuk bergelar jururawat. 


Friday, 6 January 2012

Jururawat Lelaki

petikan Berita Harian Online

KUALA LUMPUR 18 Mac – Penyertaan semakin ramai kaum lelaki di dalam bidang kejururawatan dilihat sebagai satu perkembangan positif bagi kerjaya itu.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, gabungan tenaga di antara jururawat lelaki dan wanita mampu mendatangkan manfaat kepada bidang perubatan negara ini.

”Pada masa ini, bidang kejururawatan bukan lagi hak milik eksklusif golongan wanita seperti dahulu. Semakin ramai kaum adam menyertai profesion kejururawatan termasuk di negara ini.

”Kekuatan fizikal yang ada pada lelaki dan kelembutan yang ada pada wanita sekiranya diraih dan digembleng secara bersama, tentunya akan memberi banyak manfaat kepada doktor dan pesakit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Ke-3 Kolej Kejururawatan Pusrawi di sini semalam.

Pada majlis itu, Rosmah menyampaikan diploma kepada 105 graduan yang berjaya menamatkan pengajian dalam bidang kejururawatan di kolej berkenaan.

Rosmah menambah, jururawat merupakan profesion yang sentiasa diperlukan oleh masyarakat dan mempunyai peranan yang tidak boleh ditukar ganti dalam institusi kesihatan.

”Permintaan terhadap jururawat di setiap negara adalah cukup tinggi dan bilangan jururawat sedia ada seringkali dikatakan tidak mencukupi.

”Ia menunjukkan jururawat sentiasa diperlukan masyarakat. Secara jelas, ia membuktikan jururawat hari ini mempunyai tanggungjawab sejagat yang cukup penting di mata dunia,” katanya.

Sementara itu, Rosmah turut mengemukakan saranan agar Kolej Kejururawatan Pusrawi terus menambah bilangan pelatih bagi memenuhi keperluan jururawat negara.

”Dengan bertambahnya bilangan jururawat terlatih, ia mampu membantu usaha untuk memberi lebih perhatian kepada pesakit terutamanya warga emas, wanita dan kanak-kanak,” jelasnya.

Testimonial Ebook Panduan Kerjaya Jururawat

Testimonial 1


JM Nasirah 

"..Baru sekarang ada ebook sebegini, kalaulah daripada dulu adakan bagus, tidaklah saya teraba-raba untuk mencari maklumat-maklumat untuk memudahkan proses temuduga. Dalam ebook ini, gaya bahasanya sangat mudah difahami dan diikuti...

Memang rugi kalau anda yang mengidamkan kerjaya sebagai jururawat tidak memilikinya. Lagipun harga  yang ditawarkan pun adalah sangat berbaloi-baloi..."




Testimonial 2


Dr Suhaimi


"...Alhamdulillah, akhirnya dah keluar ebook yang ditunggu ramai iaitu Ebook Kerjaya Jururawat. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan penghargaan terima kasih  yang tidak terhingga kepada penulis dan kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menerbitkan ebook ini...

Ini merupakan panduan yang sangat berguna kepada bakal-bakal jururawat disana. Begitu banyak ilmu yang berguna dikongsi dalam ebook ini. Semoga segala usaha dan penat lelah penulis diberkati Allah..."


Testimonial 3


Hafiz Wasa

"...Wah !!, panduan yang sangat lengkap untuk mereka yang memilih jururawat sebagai kerjaya pilihan. Ebook ini penuh sarat dengan kandungan ilmu yang ingin disampaikan. Setahu saya tiada lagi ebook seumpama ini dipasaran diterbitkan...

Terima kasih kepada Ikhwan Muslimin kerana berjaya mendedahkan ilmu-ilmu penting dan rahsia bagaimana untuk menghadapi temuduga sebagai seorang jururawat. TAHNIAH!!!..."


Testimonial 4


Rosmawati

"...Modul yang paling saya suka tentang ebook ini adalah modul soalan-soalan lazim. Ini adalah kerana saya baru pertama kali dipanggil temuduga untuk jawatan jururawat ini. Soalan-soalan yang didedahkan dalam ebook ini dapat membantu saya untuk menghadapi apakah soalan yang bakal ditanya kelak...

Jika sebelum ini saya tertanya-tanya apakah format soalan yang bakal ditanya dan tiada rujukan untuk menghadapai temuduga jururawatini. Dengan terbitnya ebook sebegini INSYA-ALLAH dapat membantu saya dengan jayanya temuduga tersebut.Semoga dengan memiliki ebook tersebut dapat membantu anda juga berjaya dalam temuduga tersebut.  Amin…."